Wednesday, June 21, 2017

Samarinda Ramadan - Andainya Takdir

Asal Ramadan.. Samarinda la yang selalu di tunggu-tunggu.... suka pasal drama mesti kebabommmmm....

So.. untuk tahun 2017, Drama Andainya Takdir mengambil alih pula...



Sinposis :

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat

Fatihah berasa terpinggir.
Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

*************************
Sebenarnya saya tak layan pun memalam.. saya layan ulangan.. nak tunggu jam 10 malam memang mata dah kuyu la...

Memang lain dari yang lain... ni lebih kepada cerita kehidupan masyarakat sebenar.... memang berjaya Shukri dan Nina berlakon...

Drama macam ni yang saya suka layan....

Minggu ni.. minggu terakhir.. apa la kesudahan nya...hehehe

Tuesday, June 20, 2017

Semua saluran Hypptv dibuka selama sebulan!

Wahhh......... padan la semalam buka saluran HyppTV tgk semua saluran penuh....... rupa2rupanya da promosi la...


apa lagi... raya ni ngadap TV jerla... hahahaha

Sekarang ni senang... tengok melalui HP jer.. sebab dah download aplikasi HyypTV... jadi tak terlepas dah semua citer-citer yang layan kan....

Sementara menunggu waktu berbuka pun boleh tengok citer walaupun berada di KFC..kah3

Jadi jangan lupa... saluran HyppTV di buka selama sebulan dari 19 Jun 2017 - 18 Julai 2017.....

Tuesday, June 13, 2017

Projek langsir raya yang tertangguh

Hahahaha.. bunyi kemain gah..... tapi sebenarnya tak derla sehebat mana...


Kain langsir ni dah lama beliii.......... entah la tak hengat tahun berapa? Tahun 2013 ke? Tahun 2014 ke? entah la.. lupa...

Pastu konon nak wat langsit tutup dapur... tapi macam biasa myIR malas nak layan kehendak saya...hahahaha

Pastu konon nak buat langsir.. hantar kat orang minta tolong jahitkan.. ala jahit lurus jerla kan... tapi tak bersiap..hahaha

Sudah nya...... nekad gak nak buat.. g le pinjam mesin jahit jiran setaman......


Dah dapat mesin... kene la google sendiri penggunaan nya

Giler ko kalau main guna tak google.. kang rosak wat naya jer... tak pepasal kene ganti....


Maka bermula la menjahit...

Sebenarnya nak jahit tepi jer... kelim kan.. tapi di sebabkan tak jahit tepi.. say akelimkan ke dalam jerla.. pastu jahitttttt...

Gasak la.. atas kecik.. turun kebawah besar lak.. hahahaha


Dah tu jahit tempat cangkuk langsir lak...

Jahir lurus.. tekan jerla pedal mesin kan.....hahahaha

akhirnya.....................


 Tadaaaaaaa.. siap juga.. hahaha

ala.. wat langsir tuk ruang tamu jer.. dalam bilik tak yah la yek.. bukan ada yang nak nengok..wakakaka


Konon nak jahit tempat ikat langsir.. malas lak nak gunting2

Tu beli jerla kat luar nanti.. lagi pun langsir ni labuh.. pun malas nak potong.. janjji dah siap la langsir...

Boleh la beli lagi kain.. nanti leh jahit kemas2 lak.. sebab senang giler rupanya jahit.... wakaka

Ok.. siap dah langsir... maka bertukar gak la langsir setelah 8 tahun tak bertukar......wakakakaka

Thursday, June 08, 2017

Hadiah Esklusif Mingguan di IKEA (05062017 - 24062017)


IKEA apa yang tak bestt..... tengok tak beli pun besttttt...hahahahah

So... untuk kaki IKEA..boleh la membeli dan menebus hadiah esklusif ni.... dan syarat2 nya ialah......

Terma & syarat:

  • Eksklusif untuk ahli kad IKEA FAMILY (Sementara atau Tetap).
  • Dihadkan kepada satu penebusan setiap kad keahlian setiap hari.
  • 2,000 pcs setiap hadiah menjadi rebutan untuk setiap kedai IKEA. sehingga stok masih ada dan untuk yang terawal
  • Penebusan mesti dibuat di hari sama pembelian.
  • Penebusan hanya sah untuk pembelian produk perabot dan kelengkapan rumah.
  • Penebusan bermula dari 5 Jun 2017 seterusnya. 
  • Jam penebusan: Isnin hingga Khamis: 9.30 am - 10 pm; Jumaat hingga Ahad , dan Cuti Umum: 9.30 am - 11 pm.

jadi, tunggu apa lagi?? kumpulkan hadiah menarik ..kalau tak nak kumpul.. korang boleh beli jer...hahahaha

STELNA - RM1.90

LJUDA - RM3.90

cuma.....untuk hadiah no 3 tu... tak der pula dalam listing IKEA.... so tak tahu harga nya...... mungkin limited edition kot..hehehehe.

Sebab tengok dalam katalog IKEA yang bercorak bowl tu pun RM50.00 ...hehehe . Kalau yang plain tu RM13.00

Jadi.. kalau nak kumpul yang no 3 tu memang sesuai.. kalau setakat harga bawah RM5 ni... baikla beli sendiri...hahahaha

Cuti sekolah tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1438H


Emm..... cuti pula 23 Jun 2017 hari Jumaat...

Pastu kene ganti sekolah pada 17 Jun 2017 Hari Sabtu.... nak ke anak-anak g sekolah? Dah la bulan puasa...  rasanya time tu juga ada yang ibubapa nak beli persiapan hari raya kan?

Emm.... kalau sekolah cuti 23 Jun.. Tadika dan Taska pun ikut sekali la cuti nya...hehehehe

Tuesday, June 06, 2017

Transformer Happy Meal Toys (27042017-24052017)

Rupanya tak update happy meal McD untuk 4 minggu lepas...hik3

Hai... dah tiap2 minggu g beli mainan jer keje nya...hik3


 Jadi.... pada 27 April 2017 - 24 Mei 2017..

Koleksi Transformers dan Little Pony menjadi watak utama... tapi dah tentu x beli yang pony... dah semua anak lelaki kan..hik3





Cukup la dapat 4 koleksi ni...

Alahai.. bila nak beli tempat letak koleksi ni.. sebab banyak gak yang hilang..hahahaha

So.. untuk minggu seterusnya.. adalah MINION sempena pelancaran movie Despicable Me 3 yang akan datang.... hehehehe

Tangled Quest Bersama Rapunzel Di Sunway Pyramid

Minggu ni jer la kan last cuti sekolah.... dah bawa anak ker jenjalan..hik3

Minggu lepas dapat bawa anak berjalan2 ke Sunway Piramid... rupanya ada acara bersama Rapunzel la.... apa lagi terus la ambik kesempatan  bergambar....





Tapi nak bergambar dengan mereka ni hanya pada 1-4 June jer.... heheheh...

Tapi jangan risau.. acara ni masih berlangsung sehingga 12 June lagi,....  boleh ambik gambar props kat situ....

Lawa-lawa juga props nya.....






Kemain anak-anak... seronok bergambar....

Lupa terus tengah berpuasa...hik3


Waktu berbuka jer.. semua segar bugar....

Makan kat Madam Kwans jer.... tak yah jejauh... pas berbuka terus balik.. dalam kereta semua dah terlena....hik3

Jadi la kan.. pergi dekat2 di masa cuti sekolah di bulan puasa ni.... nak jejauh macam x syok pula kan.. sebab puasa...hahahaha

Tak per lain kali kita g jejauh yek...hik3

Monday, June 05, 2017

Waktu Operasi Pejabat Pos sepanjang RAMADHAN 1438H

Hahaha... dah masuk Ramadan k e 10 kot.. baru nak update waktu operasi Pejabat Pos....

Tak perla.. biarla lambat.. asal ada kan?


Nanti klik tuk pembesaran imej yek...

Tak kan nak tahu operasi masa Ramadan jer.... nah tempek sekali sempena Hari Raya punya penutupan operasi...hik4



Jadi pada peniaga dan pelanggan luar sana... ambik tahu la juga pasal waktu operasi nya...

Nanti bising kata peniaga lambat pos.. padahal pelanggan order lambat sangat kannnnnnn........hehehe

Apa-apa pun selamat menjalani ibadah puasa yek!

Memenangi hadiah-hadiah eksklusif “Tangled: the Series”!


Si gadis jelita berambut panjang, Rapunzel akan muncul dalam siri animasi terbaharu Saluran Disney, “Tangled: The Series”!
Ditayangkan pada setiap hari Ahad, pukul 11:30 pagi di Saluran Astro 615
Siri ini adalah gabungan di antara filem hebat, “Tangled” yang dihasilkan oleh Studio Animasi Walt Disney pada 2010 dan filem pendek, “Tangled Ever After”. Siri ini menyaksikan Mandy Moore dan Zachary Levi kembali memegang watak mereka sebagai Rapunzel dan Eugene.

Diserikan lagi dengan visual rekaan animasi menarik yang diinspirasikan dari lukisan Rapunzel dalam filem asal, siri ini akan mengisahkan tentang pengembaraan Rapunzel apabila dia mula mengenali dengan lebih dekat ibu bapanya, kerajaannya, dan rakyat Coronora.

Sifat tidak mudah putus asa dan sentiasa ingin mempelajari benda baru membuatkan dia menyedari yang masih banyak perlu dia terokai dalam dunia ini sebelum boleh menggalas tanggungjawabnya sebagai Puteri Coronora.


Kisah utama yang akan diketengahkan dalam siri ini adalah hubungan Rapunzel dengan rakan-rakan dan keluarganya. Watak-watak kesayangan ramai dari filem asal akan turut memeriahkan siri ini. Antaranya, kekasih sang puteri, Eugene Fitzherbert (atau Flynn Rider); panglima diraja yang juga rakan baiknya, Pascal; kudanya yang setia, Maximus; dan Snuggly Duckling Pub Thugs.


Siri ini akan memperkenalkan watak baharu, Cassandra (suara oleh by Eden Espinosa), seorang wanita kental yang menjadi orang kuat Rapunzel. Tidak ketinggalan, ibu bapa Rapunzal, King Frederic (Clancy Brown) dan Queen Arianna (Julie Bowen).


Kisah Rapunzel yang dekat dengan penonton, menyentuh hati dan penuh gelak ketawa menekankan tentang pentingnya untuk membina dan mengekalkan hubungan sesama manusia, di samping mengenali kekuatan diri dan sifat-sifat positif dalam diri kita. Kecekalan, keyakinan, sikap positif dan kreativiti Rapinzel menjadikan beliau contoh terbaik untuk para penonton cilik yang juga sedang belajar untuk menggalas tanggungjawab baharu seperti Rapunzel.


Untuk meraikan kemunculan semula Rapunzel di Asia Tenggara, Saluran Disney memperkenalkan pencarian watak di pelbagai platform, Tangled Quest.


Dari 21 Mei hingga 30 Jun, para kanak-kanak dan keluarga mereka boleh mengambil bahagian dengan mengambil gambar Rapunzel, Eugene, Maximus atau Pascal dengan lambang Tangled Quest di Saluran Disney dan platform sosial milik Disney dan memuat naik di laman web Tangled Quest (www.tangledquest.com).
Lapan puluh (80) pemenang bertuah berpeluang memenangi beg cenderahati eksklusif yang bertemakan Tangled.

Tangled Quest akan membuat kemunculan di Malaysia dan mengajak peminat Saluran Disney menyertai keseronokan dengan menjejaki watak-watak siri ini di beberapa aktiviti menarik yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Lokasinya akan diberitahu melalui petunjuk-petunjuk mingguan di Saluran Disney dan platform Astro Circle, jadi jangan ketinggalan!
Selain beg cenderahati bertemakan Tangled, tiga pemenang bertuah akan berpeluang mengalami sendiri kisah pengembaraan Rapunzel di rumah dengan hadiah berupa ubah suai penuh bilik tidur bertemakan Tangled.
Siri ini memuatkan lagu-lagu yang diterbitkan oleh pemenang Academy Award dan Legenda Disney, Alan Menken, yang turut menggubah lagu filem asal.

**********************************

Haaa...... jangan risau. Kalau tak dapat nak menang hadiah hebat-hebat tu... apa kata cuba lak tuk hadiah biasa-biasa jew....

1 set Disney Tangled pack

Haaa... ada cawan, ada beg, ada pouch beg dan ada patung comel ok!!! Amacam best tak hadiah nya??

Senang aja kalau nak menang..... jawab 1 soalan beserta SLOGAN ok! tapi ada syaratnya... setiap pemenang harusla mengambil sendiri hadiah tersebut di :

JayaOne, Jalan Universiti, Petaling Jaya

Kalau sanggup dan sudi ambil hadiah tu sendiri, boleh la jawab soalan dengan meninggalkan komen di ENTRY INI ok!

Soalan nya :

Hari apa, waktu berapa dan saluran apakah "Tangled: The Series" keudara?

Slogan yang perlu di lengkapkan :

Rapunzel adalah salah satu rancangan kegemaran anak saya kerana...............................

Jadi ..cepat!! Saya hanya memerlukan 4 orang pemenang sahaja ok!

Peraduan ini akan di tutup pada : 16 June 2017 (Jumaat)
Keputusan akan di umumkan pada : selewat-lewatnya 22 June 2017 (Rabu)
Hadiah boleh di tuntut : Seminggu selepas Raya

Friday, June 02, 2017

Setelah 13 tahun berlalu.......

Setelah 13 tahun berlalu.......rumah saya di Lestari Puchong masih belum siap-siap lagi....... sedihnyaaaaaaaaa









Hai....... bila la nak siap rumah flat ni... emmm

Dari sebelum kahwin sampai anak dah 4 orang kot... si Danial pun dah umur nak masuk 13 tahun...

Tapak sebelah dalam pembinaan buat rumah juga... emmm... dengar kata tunggu tapak sebelah naik baru mereka siapkan jalan masuk kawasan ni...


Sebelah tu tapak untuk RUMAH SELANGORKU....

Entah nak siap bila tak tahu la.... ni lagi tinggi.. 11 tingkat dengan 13 tingkat... saya punya 5 tingkat jer rendah.. x der lift...

Mujur rumah saya tingkat 1 jew...


Kalau tengok dalam blog GNG Group.. kemain ayat nya "BERHAMPIRAN PROJEK MENUNJUKKAN BEBERAPA PANGSAPURI SUDAH SIAP"

Banyak la siap........... x siap2 lagi la.. suka suki jer kata dah siap...

Projek RUMAH SELANGORKU ni pun lambat siap.. dari Tahun 2015 macam tu jer.......

Yang lagi best... ada yang dah iklan kan untuk penjualan rumah yang tak siap lagi....


Harga pulak... pergh.. boleh tahan RM155,000.00 kooooo......

Entah la.. bila nak siap pun tak tahu... dah siap pun 1 masalah.. nak sewakan ker? atau nak jual?? emmmmmmmmm

So tunggu la lagi 5 tahun apa jadi... entah2 lagi 10 tahun pun lom tentu siap.........emmmm


Thursday, June 01, 2017

McDonald's Bandar Baru Bangi berwajah baru

Boleh la di kira setiap minggu mesti pergi McDonal's kan.... biasa pergi kat Bandar Baru Bangi la.. tapi kalu time pergi ayam habis.. g la McD Putrajaya ker, McD IOI Mall Putrajaya ker hahahaha

Gigih pergi semata2 ayam goreng...hahahaha.

Tapi kalau balik kampung pun.. McD juga di cari.. ala, bukan balik kampung jer..g la memana bercuti.. McD gak cari... saya ni nak makan makanan kampung susah la sikit.. nanti ada la yg tak makan itu la ini la...





Ok la.. nampak luas berbanding yang lama...

Cantik sikit..... nampak ceria....

Rasanya semua cawangan sedang di perbaiki... untuk nampak lagi segar sikit kan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...